Tuesday, April 20, 2021

PELANCARAN SAMBUTAN IHYAK RAMADHAN 1442H & GEROBOK PRIHATIN

Satu Program Jalinan SK Senawang 3 bersama Surau Al- Wustha Taman Matahari Indah telah dijalankan iaitu program "GEROBOK PRIHATIN...MASIH ADA YANG SAYANG" pada 9 April 2021, Jumaat bersempena dengan  kehadiran bulan Ramadhan 1442H. 


Program ini bertujuan bagi berkongsi rezki serta membantu meringankan beban bagi mereka yang memerlukan keperluan makanan sepanjang bulan Ramadhan.Melalui program ini satu gerobok khas berisi  makanan assi akan diletakkan di pondok jaga. Ibu bapa dan masyarakat sekeliling yang berkeperluan dan terjejas teruk akibat covid 19 boleh mendapatkan barang tersebut secara percuma.


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA.














Wednesday, April 7, 2021

PENGENALAN

 


LOGO

 


PENYERAHAN BINGKISAN CUTI (TAHUN 6)

 Penyerahan bingkisan cuti sempena cuti penggal persekolahan pada 27/03 hingga 4/4  kepada murid - murid tahun 6. Penyerahan dilaksanakan oleh Puan Normamisah binti Abdul Rahman selaku Guru Besar SK Senawang 3 kepada murid - murid tahun 6 beserta amanat untuk mengingatkan murid - murid untuk tetap fokus walaupun dalam keadaan bercuti.  












PENUTUPAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1



Majlis Penutup Program Transisi bgai tahun 1 2021 telah dijalankan pada 26 Mac 2021, Jumaat. Program Transisi yang dijalankan selama 43 hari bermula 20 Januari 2021 hingga 26 Mac 2021.

Program ini dijalankan bertujuan bagi membolehkan murid-murid menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam jangka masa yang singkat. Selain  itu, murid juga dapat ,membina hubungan baik antara murid dengan rakan sebaya dan guru serta meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.