Sunday, February 28, 2021

Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah

 Satu taklimat khas diadakan sempena pembukaan sekolah bagi murid tahun satu dan dua dijalankan pada 23 Februari 2021,Selasa. Semua guru diberi taklimat oleh Puan Normamisah binti Abdul Rahman, Guru Besar SK Senawang 3. Guru besar menyampaikan amanat kepada semua guru - guru untuk bekerjasama dalam satu pasukan untuk menggerakkan sekolah supaya semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Guru besar juga sentiasa mengingakan guru - guru supaya sentiasa peka dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan terutamanya dalam kawasan sekolah apabila berhadapan dengan murid - murid bagi mengelakkan berlakunya jangkitan Covid-19. 




GOTONG ROYONG PERDANA

 Aktiviti gotong royong perdana dijalankan sempena pembukaan sekolah bagi murid tahun satu dan dua pada 25 dan 26 Februari 2021 iaitu pada hari Khamis dan Jumaat. Semua guru hadir ke sekolah untuk mengemas, menyusun atur dan membersihkan kelas - kelas bagi memastikan suasana sekolah yang akan dibuka nanti dalam keadaan selamat selari dengan hasrat sekolah mewujudkan suasana yang kondusif, bersih dan teratur kepada murid-murid.

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (24/2/2021)

 Program penyerahan bantuan awal persekolahan dijalankan pada 24 Februari 2021, Rabu. Program dijalankan dengan mengikut SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan semua pihak.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan  guru - guru yang telah berjaya melaksanakan program dengan lancar. 












Monday, February 22, 2021

PENYERAHAN DOKUMEN DAN PENDAFTARAN TAHUN 1 PANDU LALU

 Majlis pada  23 Januari 2021, Sabtu.

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH

 Taklimat diadakan pada 15 Februari 2021

PERBINCANGAN PENGOPERASIAN SEKOLAH

Perbincangan pengoperasian sekolah pada 18 Januari 2021

TAKLIMAT SISC+

 Satu perjumpaan bersama SISC+ daripada Pejabat Daerah  Negeri Sembilan, En. Yusrizam pada 12 Januari 2021

MESYUARAT PANITIA

 Mesyuarat Panitia Teras dan Elektif dijalankan pada 13 hingga 15 Januari 2021 mengikut masa yang telah ditetapkan.

MESYUARAT HEM , KOKURIKULUM DAN GURU PETANG

 Mesyuarat kali pertama untuk HEM, Kokurikulum dan guru petang diadakan pada 12 Januari 2021,Selasa di Bilik Seminar.

MESYUARAT GURU BILANGAN 1

Mesyuarat guru diadakan pada 11 Januari 2021,Isnin. di Bilik Seminar dengan mematuhi SOP yang ketat

PERPUSTAKAAN

 1,2,3

SUKAN

 1,2,3

PANORAMA SK SENAWANG 3