Sunday, February 28, 2021

Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah

 Satu taklimat khas diadakan sempena pembukaan sekolah bagi murid tahun satu dan dua dijalankan pada 23 Februari 2021,Selasa. Semua guru diberi taklimat oleh Puan Normamisah binti Abdul Rahman, Guru Besar SK Senawang 3. Guru besar menyampaikan amanat kepada semua guru - guru untuk bekerjasama dalam satu pasukan untuk menggerakkan sekolah supaya semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Guru besar juga sentiasa mengingakan guru - guru supaya sentiasa peka dan mengamalkan SOP yang telah ditetapkan terutamanya dalam kawasan sekolah apabila berhadapan dengan murid - murid bagi mengelakkan berlakunya jangkitan Covid-19. 




No comments:

Post a Comment